"Lepas Dr Halina Menyusu Anak, Dia Tidur & Saya Jaga Baby" Target Nak 10 Anak, Dr Sheikh Tak Kisah Jaga Anak-Anak

"Golongan suami, kalau tak tahu nak buat apa masa isteri menyusu, lepastu boleh tolong jagakan anak, mandikan anak, tukar lampin anak" Kalau suami yang suka membantu, anak ramai pun tak apa kan?

Bercerita tentang sokongan suami dalam membantu kejayaan penyusuan susu ibu dalam Webinar Mama Tak Penat susukan anak, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengakui suami antara 'support system' yang sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Sokongan Suami, Bantu Kejayaan Penyusuan Ibu

"Alhamdulillah saya dikurniakan 6 orang cahaya mata. Bella (10 tahun), Tasha (8 tahun), Adam & Noah (4 tahun) dan Emelia & Eusoff (9 bulan). Menjaga mereka memang sesuatu tugas yang mencabar. Setiap anak mempunyai personaliti yang berbeza.


"Dari segi pengalaman penyusuan memang semua berbeza dari anak pertama sehinggalah anak yang keenam. Yang penting sekarang saya dan Dr Halina telah bersetuju untuk menyusukan anak-anak kami sekurang-kurangnya selama setahun. Sebab kami tahu betapa pentingnya kelebihan menyuskan bayi buat anak-anak kami.


"Menyusukan anak kembar sebenarnya lebih mencabar bagi saya sebab bila seorang menangis, seorang lagi akan menangis. Bila Emelia nak susu, Eusoff pun nak susu juga. Jadi cara menyusukan anak kembar ni berbeza dengan anak biasa sebab Dr Halina terpaksa menyusukan anak kedua-duanya serentak.


Bercakap tentang sokongan moral, angkasawan negara pertama ini sangat menekankan tentang 'support' dari suami itu sendiri.


"Amat penting untuk bapa-bapa diluar sana untuk memberikan sokongan moral buat ibu menyusu sebab bukan mudah, banyak cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui untuk menyusu anak-anak kita. Sebagai suami sangat penting untuk bagi sokongan moral, sokongan emosi dan support system kepada isteri kita supaya proses penyusuan menjadi mudah.



"Ramai ibu yang membuat keputusan untuk menyusukan bayi mengikut tempoh sendiri seperti 6 bulan, 12 bulan dan ada yang cukup 2 tahun malah lebih. Dalam Islam pun menggalakan ibu-ibu untuk menyusu sehingga 2 tahun. Sebab itulah sokongan perlu diberikan kepada ibu-ibu ini.


Mengimbau kembali saat Dr Halina selamat melahirkan bayi kembar, Emelia dan Eusoff, Dr Sheikh terus memberikan sokongan agar Dr Halina menyusukan bayi mereka secepat mungkin.


"Sangat digalakkan untuk bayi baru lahir untuk menyusu badan, kerana kandungan susu kolostrum dalam susu ibu amat penting dalam memberikan kebaikan kepada bayi tersebut.

Ia mengandungi antibodi yang tinggi untuk memastikan anak itu mendapat kelebihan dewasa kelak. Selain itu, 'bonding' sangat penting dalam penyusuan, bayi yang menyusu sangat berbeza berbanding bayi yang minum susu formula. Kita dapat lihat bayi yang menyusu ibu lebih cerdik, lebih tenang dan banyak kebaikan-kebaikan yang lain.


"Saya sebagai bapa cemburu tengok Dr Halina menyusukan anak. 'Bonding' mereka lebih kuat.


Golongan bapa tetap juga boleh kuatkan bonding bersama anak-anak.

"Saya akan mandikan anak, tukar lampin anak, tidurkan, dodoikan anak. Skin to skin dengan anak.


"Tapi ramai golongan bapa yang tak tahu nak buat apa terutama 6 bulan pertama. Kalau boleh cuba tolong untuk jaga bayi sebab itu sahaja yang boleh dilakukan"


"Tengok apa keperluan yang diperlukan oleh isteri kita. Kita kena tanya apa yang isteri kita perlukan. Lepas Dr Halina menyusu, saya akan ambil baby untuk jaga dan bagi 'me time' untuk isteri saya. Dan kalau boleh saya nak ada 10 anak, itu yang kami sudah bincangkan jika ada rezeki lagi"

Antara nasihat yang paling penting disampaikan oleh Dato' Dr Sheikh Muszaphar adalah 'komunikasi' antara suami dan isteri kerana komunikasi adalah kunci utama dalam kebahagiaan rumah tangga.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.