Sesi persekolahan 2021 hingga Mac 2022

TERKINI: Penggiliran sekolah akan dilaksanakan secara berfasa bermula 3 Oktober 2021.

Sesi persekolahan untuk tahun ini dilanjutkan hingga Mac 2022.

PUTRAJAYA: Sekolah akan dibuka secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin

Sesi persekolahan untuk tahun ini dilanjutkan hingga Mac 2022, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.
Menurutnya, kehadiran murid ke sekolah adalah 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.


"Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka dan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang bergilir setiap minggu.

"Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, sekolah di negeri Fasa 1 PPN tidak dibuka dan murid akan meneruskan PdPR.


"Murid prasekolah, tadika swasta di negeri Fasa Tiga PPN pula hadir tanpa penggiliran,"katanya.

Beliau berkata, murid akan kekal pada tahun persekolahan masing-masing pada bulan Januari dan Februari.


"Dalam tempoh dua bulan itu, sekolah akan gunakan bagi memberi bantuan, sokongan dan dukungan kepada pelajar yang lemah dan mengukuhkan pencapaian murid yang cemerlang," katanya pada sidang media pengoperasi sekolah di sini, hari ini

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.