Polis kesan kumpulan ajaran sesat dakwa ‘Perang Dunia III akan mula di Sabah’

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani

Polis kesan kumpulan ajaran sesat PMYT untuk merancang memulakan perang di Sabah

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan sebuah kumpulan dikenali sebagai “Perjalanan Mimpi Yang Terakhir” (PMYT) yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat, termasuk kepercayaan bahawa “Perang Dunia III” akan meletus di Sabah.

WANITA yang didakwa memimpin ajaran PMYT berkongsi video ramalannya di YouTube.
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis maklum tentang pergerakan kumpulan itu dan berjaya menanganinya sebelum ini.



“Setelah lama kita tidak dengar (tentang kumpulan ini), sekarang kita dengar balik. Kita ada cara kita untuk menghadapi perkara ini, dahulu pun kita pernah hadapi dan dapat atasi,” katanya selepas menyaksikan penyerahan tugas Pesuruhjaya Polis Sabah oleh Hazani Ghazali kepada Idris Abdullah.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani (tengah) menyaksikan penyerahan tugas Pesuruhjaya Polis Sabah oleh Hazani Ghazali (kiri) kepada Idris Abdullah di Kota Kinabalu hari ini.
“Percayalah, polis tidak leka dan sentiasa pastikan ia tidak sampai timbulkan kerisauan masyarakat umum.”

LAPORAN Metro Ahad, 29 Ogos 2021. FOTO Arkib NSTP
Sebuah portal dalam talian melaporkan kumpulan PMYT, yang diketuai seorang wanita dikenali sebagai Sittah Annur, mempunyai kira-kira 3,000 pengikut dan 22 kumpulan Telegram, dengan ahlinya semakin bertambah saban hari.

Pengikutnya dikatakan termasuk golongan profesional dan anggota pasukan beruniform seperti polis dan tentera.

Menurut portal itu, sumber keselamatan mendakwa Sittah, 39, memberitahu pengikutnya bahawa Perang Dunia III akan meletus di Sabah dan dia akan memimpin kumpulan itu dalam pertempuran melawan musuh.


Turut dilaporkan Sittah yang dipercayai berasal dari Kelantan, tetapi menetap di Shah Alam, Selangor, menggunakan pelbagai platform media sosial untuk berkongsi dakwaan pelik, yang dipercayai bertentangan ajaran Islam.

Kata Acryl Sani, beliau perlu menyiasat dakwaan penglibatan anggota beruniform dalam kumpulan itu.

“Kalau dakwaan ini betul, tentu kita akan kenal pasti (anggotanya).

“KIta tidak boleh terburu-buru (ambil tindakan), kita kena kumpul maklumat lengkap, apakah ajaran mereka bawa.


“Kita juga perlu libat jabatan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), kita harus dapat pandangan mereka juga,” katanya sambil menambah kumpulan itu dilihat lebih tertumpu di Semenanjung berbanding Sabah.


Hazani, yang akan menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berkata, ahli kumpulan berkenaan yang dikatakan kira-kira 3,000 sekadar pengikut di media sosial.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Dr Zamihan Mat Zin menunjukkan laporan polis dibuatnya di Balai Polis Bandar Baru Bangi. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Katanya. satu laporan polis telah dibuat oleh seorang ustaz di Semenanjung. -FMT

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.