Bayi cukup sifat ditemukan dalam beg plastik di hadapan rumah

BAYI yang ditemukan masih hidup di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, Taman Tun Dr. Ismail, Petaling Jaya, pagi tadi.

Bayi lelaki ditemui dalam beg plastik

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki cukup sifat ditemukan di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, Taman Tun Dr. Ismail, di sini pagi tadi.

Lebih mengejutkan, bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditinggalkan dalam keadaan diletakkan di dalam beg plastik di lokasi kejadian.


Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki warga tempatan yang memaklumkan penemuan bayi yang masih hidup di hadapan rumah tersebut pada 9.15 pagi. Katanya, pihaknya telah membuat semakan terhadap pemilik rumah.
Bayi lelaki yang ditemui di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, Taman Tun Dr. Ismail hari ini.
“Bayi yang masih hidup itu kini dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Basri berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi lelaki ini diminta hadir ke balai polis yang berdekatan untuk memberi keterangan.


“Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya. – UTUSAN

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.