Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di 4 lokaliti di Sabah bermula 8 September ini. |
PUTRAJAYA: 4 lagi lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 8 September hingga 21 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, lima lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).
Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 8 September hingga 21 September adalah seperti berikut:
a) 2 lokaliti di Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi, Kota Belud.
b) Kampung Pahu Pinawantai, Ranau.
c) Kampung Mompilis, Matunggong, Kudat.
Lanjutan PKPD di Sabah hingga 21 September:
a) Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau.
b) Taman Limauan, Kinarut Papar.
Penamatan PKPD di Sabah pada 7 September:
a) Kampung Kota Tuaran.
b) Taman Kinarut Ria, Papar.
c) 4 lokaliti di Delta Height, Kampung Sindanan, Rainfield Garden dan Maju Kota Light Industry, Jalan Lama, Penampang.
d) Kampung Mondikot, Papar.
e) Ladang Mawang, Kalabakan.
f) Kem Sawmill (Kilang Papan) Mengawam Sri Arjuna, Sipitang.
g) 3 lokaliti di Taman Ranggu Saujana, Kampung Sungai Tamang Pulau Sebatik dan Kampung Tanjung Batu Laut, Logpon, Tawau.
h) 3 lokaliti di Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin, Kinabatangan.
i) 2 lokaliti di Lahad Datu, Sabah iaitu Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Pertama Satu, Lahad Datu.
j) Kampung Manggaris 2, Kota Marudu, Sabah tamat bermula 6 September.
***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.