Kekayaan Selepas Menjadi PM Adalah Haram, Boleh Dirampas

Tun Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat berhak mendakwa Perdana Menteri yang menjadi jutawan selepas menduduki jawatan tersebut kerana didakwa memperoleh wang secara haram.


Bekas Perdana Menteri itu berkata, lazimnya Perdana Menteri tidak mempunyai kekayaan yang mana sekiranya seseorang itu kaya, maka dia mengisytiharkan statusnya sewaktu dilantik.

“Bahkan awal-awal lagi dia dikenali sebagai orang kaya, sebagai jutawan. Jika dia tidak dikenali sebagai orang kaya, maka ini juga akan diketahui masyarakat.

“Tetapi apabila Perdana Menteri selepas menjadi PM (Perdana Menteri) menjadi jutawan, rakyat berhak mendakwa dia telah dapat wang itu secara haram.


“Sebenarnya PM tidak boleh ada duit banyak, penerimaan derma pun salah walaupun dengan ikhlas. Jika ada duit diterima, ia untuk parti. Tetapi jika di masuk akaun peribadi, itu salah,” katanya dalam blog Chetdet hari ini.

Kata ahli Parlimen Langkawi itu lagi, turut menjadi kesalahan jika menerima derma daripada tokoh negara asing walaupun untuk apa tujuan perkara tersebut.


“Ahli politik dalam negeri tidak boleh terima hadiah atau derma dari negara asing kerana ini memberi peluang kepada negara asing untuk campur tangan dalam politik dalam negeri.

“Oleh sebab itu segala kekayaan Perdana Menteri yang didapati selepas menjadi PM hendaklah dianggap sebagai haram dan boleh dirampas oleh pihak yang berkuasa,” katanya. – Utusan Online

Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.