Petani tunjuk skil ‘halau’ puting beliung digelar Avatar

Picture
Aksi seorang petani yang menolak puting beliung daripada memusnahkan sawahnya mendapat perhatian pengguna media sosial. - Instagram

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Viral Petani Menerjang Angin Puting Beliung, Warganet: Avatar Nyoba Kekuatan

JAKARTA – Aksi seorang petani menunjukkan skil ‘tolak angin’ ketika sawahnya dilanda puting beliung mengundang tawa netizen di media sosial, lapor Suara.com.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram @infokediriraya, petani itu dilihat berjalan menuju ke arah puting beliung tanpa rasa takut.


Seketika kemudian, lelaki yang lengkap bertopi itu mula membuat aksi seperti ‘menolak angin’ agar ia pergi jauh dari kawasan sawah padinya seperti karakter filem sains fiksyen popular, Avatar.


Ternyata, aksi ‘tolak angin’ itu berjaya apabila puting beliung itu akhirnya beransur pergi dari kawasan sawahnya dan keadaan di situ kembali tenang.

Kehebatan petani itu menarik pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menggelarkannya sebagai Avatar Indonesia.


“Hebat, akhirnya Aang (nama karakter filem Avatar) sudah kembali,” tulis seorang netizen. “Aksi hebat ini pasti mengundang tangisan Dewa Angin,” komen seorang lagi. – Agensi

SOURCE: Kosmo!

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.