Perketat pemeriksaan status MySejahtera di setiap premis, kata Khairy

Kementerian Kesihatan mengesan ketidakpatuhan terhadap Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah kerana masih ada individu didapati melakukan daftar masuk antaranya di pasar raya walaupun berada dalam tempoh kuarantin, kata menterinya, Khairy Jamaluddin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 September 2021.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Perketat pemeriksaan status MySejahtera di setiap premis, kata Khairy

PEMERIKSAAN status aplikasi MySejahtera di setiap premis terutama pasar raya perlu diperketatkan bagi memastikan individu yang berada di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) tidak masuk ke premis berkenaan.


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pihaknya mengesan berlaku ketidakpatuhan terhadap HSO kerana masih ada individu didapati melakukan daftar masuk antaranya di pasar raya walaupun berada dalam tempoh kuarantin.


“Di Kedah dalam seminggu ini sahaja berlaku 523 daftar masuk MySejahtera (ke premis), yang mana daftar masuk itu adalah orang positif atau berisiko tinggi yang ada perintah kuarantin di rumah.

“Sebanyak 18 peratus daripada (523) daftar masuk itu berlaku di pasar raya, jadi kita minta supaya pengawasan di pintu masuk lebih ketat sebab dia (individu dikuarantin) dapat daftar masuk maksudnya pengawal tidak periksa betul-betul status MySejahtera, dia lepaskan sahaja,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Sementara itu, mengenai status vaksinasi COVID-19 di Kedah, Khairy berkata pihaknya meminta agar usaha dipergiat bagi memastikan kira-kira 17 peratus lagi individu dewasa di negeri itu mendapatkan suntikan vaksin.


Beliau berkata perhatian perlu diberikan kepada penduduk di beberapa daerah yang masih merekodkan kadar vaksinasi rendah seperti di Pendang dan Baling.

“Kita perlukan kerjasama pemimpin masyarakat untuk memastikan mereka yang masih enggan terima vaksin ini tampil dan kita minta penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) vaksinasi diperketatkan… (misalnya) jawatankuasa masjid mesti periksa betul-betul (sebelum benarkan jemaah masuk),” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga meminta setiap majikan memperketatkan prosedur di tempat kerja dengan hanya membenarkan individu menerima vaksin lengkap sahaja kembali bekerja.

Katanya, pada masa ini bekalan vaksin di setiap pusat pemberian vaksin (PPV) di Kedah adalah mencukupi, malah sebenarnya berlebihan.


“Di banyak kawasan, kita dah sampai tahap yang mana lebih banyak vaksin daripada lengan (penerima)… Jadi kita kena betul-betul outreach, pergi periksa golongan tegar (antivaksin) fokus kepada golongan tersebut, kena cari,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata bermula esok lebih 180,000 remaja di Kedah mula diberikan suntikan vaksin dilaksanakan di PPV atau di sekolah dan pihaknya menjangkakan proses itu selesai dalam tempoh sebulan.

SOURCE: BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.