Penyelia kontrak dipenjara 3 tahun, denda RM16,000 kerana reka cerita keluarga maut akibat Covid-19

Tipu 8 ahli keluarga mati kerana covid untuk kutip derma kena 4 tahun penjara, denda RM16,000, 2 sebat rotan.

Lelaki reka cerita keluarga maut akibat Covid-19 dipenjara 3 tahun

KOTA TINGGI: Penyelia kontrak di Kompleks Bersepadu Pengerang dihukum penjara tiga tahun, denda RM16,000, selepas mengaku bersalah terhadap 2 tuduhan memperdaya 2 rakan sekerja untuk mendapatkan sumbangan pada 3 September lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret, Nurmadiana Mamat di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, di sini, hari ini.


Tertuduh Mohd Zahazan Zainon, 45 didakwa menipu rakan sekerja dengan cara memperdaya mengatakan bahawa ahli keluarganya meninggal dunia akibat COVID-19, sedangkan ia tidak benar dan mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM7,857 ke akaun bank tertuduh sebagai sumbangan derma.

Mohd Zahazan (dua, kanan) dipenjara tiga tahun, denda RM16,000 dan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu dua rakan sekerja untuk mendapatkan sumbangan. - Foto Bernama
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperdaya seorang lagi rakan sekerja dengan mengatakan perkara sama sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM500 ke akaun bank tertuduh sebagai sumbangan derma.

Mohd Zahazan didakwa melakukan kedua-dua kesalahan antara jam 5.20 petang hingga 9.25 malam di Pejabat Bahagian Keselamatan Kompleks Bersepadu Pengerang di sini, pada 3 September lalu

Mohd Zahazan (depan) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi atas pertuduhan memperdaya rakan sekerja untuk mendapatkan derma semalam.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu peguam, Nurul Hidayah Mohd Asri yang mewakili tertuduh memohon hukuman lebih ringan kerana ia adalah kesalahan pertama tertuduh dan menanggung empat anak hasil perkahwinan terdahulu serta dua anak yang masih bersekolah di Pusat Tahfiz.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nursyamim Fateha Mohd Amin memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh serta mengambil kira kepentingan awam berbanding kepentingan peribadi.


Normadiana kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dari tarikh tangkapan, denda RM15,000 atau dipenjara jika tidak bayar dan satu sebatan terhadap kesalahan pertuduhan pertama.

Bagi pertuduhan kedua, mahkamah menjatuhkan hukuman setahun penjara dari tarikh tangkapan, denda RM1,000 atau dipenjara jika gagal bayar dan satu sebatan. Kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak.

Sebelum itu, tertuduh yang berbaju lokap berwarna ungu sebelum itu tiba di perkarangan Mahkamah pada jam 9.50 pagi diiringi anggota polis.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menahan tertuduh selepas lelaki itu hadir ke Balai Polis Bayu Damai.

Menurut maklumat yang tular di media sosial, lelaki itu mendakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga sejak Jun hingga bulan ini serta mendakwa mempunyai 8 anak dan kehilangan isteri serta 3 anaknya pada Jun dan Julai lalu.


Pada 2 September lalu, lelaki itu mendakwa lima lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar serta dua anak mereka turut meninggal dunia.

Mesej tular itu turut memuatkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan.

Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa Like facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.