Peninju muda Mexico meninggal dunia selepas tumbukan padu yang kejam

Tangkap layar dari skrin rakaman pertarungan.

Petinju Mexico Jeanette Zacarias Zapata, 18, meninggal 5 hari selepas dia tersingkir dalam pertarungan

MONTREAL, Kanada: Jeanette Zacarias Zapata, peninju 18 tahun dari Mexico, meninggal dunia 5 hari selepas cedera dalam pertarungan, kata promoter perlawanan Yvon Michel.


"Kami dimaklumkan oleh wakil keluarganya, yang Jeanette Zacarias Zapata meninggal dunia pada jam 3.45 petang tadi," kata Groupe Yvon Michel dalam satu kenyataan semalam.


Zapata mengambil bahagian dalam acara Tinju Antarabangsa GYM Gala di Montreal Sabtu lalu, tewas kepada pada pusingan keempat kategori welterweight.


Tumbukan kiri dan kanan dari Houle membuatkan Zapata tidak sedarkan diri di pusingan keempat dan dia dikejarkan ke hospital.


"Tinju mempunyai banyak risiko dan bahaya. Ini adalah tugas kami, minat kami.


"Mencederakan pihak lawan dengan serius bukan sebahagian daripada perancangan saya," kata Houle. - AFP/ BH

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.