Pelajar perempuan meninggal dunia tidak dijangkiti Covid-19
SUNGAI PETANI: Pelajar perempuan yang didakwa meninggal dunia berpunca daripada suntikan vaksin COVID-19 didapati bebas daripada virus itu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, berkata hasil ujian saringan mendapati pelajar terbabit tidak dijangkiti COVID-19.
"Setakat ini, proses bedah siasat sudah selesai dijalankan dan kita masih menunggu keputusannya.
"Laporan daripada proses bedah siasat terbabit akan diperoleh dalam tempoh terdekat dan kita akan dapat mengenal pasti punca kematian pelajar berkenaan," katanya.
Terdahulu, video kematian pelajar perempuan berusia 18 tahun pada Sabtu lalu tular di media sosial yang dikaitkan dengan suntikan vaksin COVID-19.
Pelajar terbabit dikatakan menerima suntikan seminggu lalu dan mengadu sakit dada serta perut sebelum membuat pemeriksaan di hospital.
Video itu turut menyebut pihak hospital mengatakan pelajar itu mengalami gastrik, tetapi keluarganya mendakwa remaja itu tidak mempunyai sejarah penyakit terbabit.
SOURCE: Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.