Myvi dihanyutkan arus deras: Seorang telah ditemui, 1 lagi masih hilang

Kota Kinabalu - Kenderaan Perodua Myvi ditemui di kawasan Sungai Dambai,Pomotodon, Inanam. Seorang daripada mangsa berjaya ditemui dan telah dihantarkan ke hospital. Misi pencarian masih lagi dijalankan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan Salam takziah buat keluarga mangsa.

KOTA KINABALU: Seorang daripada dua mangsa yang dihanyutkan arus deras akibat banjir di Jalan Kionsom Lama pada pukul 6.45 petang semalam telahpun ditemui.


Mayat mangsa yang dikenali sebagai Juning Maturun, 30, daripada Kg. Kionsom Jalan Lama, ditemui di Sungai Kampung Dambai, kira-kira dua kilometer daripada lokasi kejadian (jambatan), pada jam 6 pagi tadi.


Kereta yang dinaiki mangsa juga telah ditemui remuk oleh orang awam 200 meter daripada lokasi kejadian pada jam 7.20 pagi tadi di sungai yang sama.


Mayatnya diserahkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat kepada polis pada jam 11 pagi.


Rakaman video menunjukkan Myvi yang dinaiki mereka cuba menyeberangi jambatan tular dalam media sosial sejak semalam.


Kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Simon Sanga Tupe, 68, dan Juning dilaporkan hanyut semasa cuba melalui jambatan di Sungai Kionsom yang mula dinaiki air akibat hujan lebat semalam.


Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.45 petang semalam dan sepasukan bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.