Pengguna media sosial anggap pelantikan Muhyiddin Yassin itu petanda beliau kembali dalam urusan tampuk kerajaan. |
PKR Juga kecewa, anggap pelantikan Muhyiddin cubaan pertahankan legasinya
KUALA LUMPUR: Warganet memberi pelbagai reaksi terhadap pelantikan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri.Malah, ada yang beranggapan bahawa perlantikan itu seakan-akan memberi bayangan negara akan kembali gagal susulan beliau disifatkan sebagai pemimpin yang tidak berjaya mengawal situasi pandemik Covid-19.
Pengguna Twitter, @ooijohn menyifatkan Muhyiddin telah menggagalkan negara namun diberi satu lagi peluang untuk mengecewakan rakyat sekali lagi.
“Kami tidak dapat melalui mimpi buruk yang sama,” katanya.
Seorang lagi pengguna @sabrectw pula menganggap pelantikan tersebut satu penyalahgunaan kuasa yang tidak masuk akal.
“Menteri lain? Ini adalah penyalahgunaan kuasa yang tidak masuk akal,” katanya di Twitter.
Sementara itu, pengguna Twitter bernama Syamim Ms pula mempersoalkan mengapa Muhyiddin Yassin diminta meletak jawatan sebagai Perdana Menteri jika masih ada keyakinan bahawa beliau mampu meneraju strategi pemulihan negara.
“Kalau yakin dia boleh terajui strategi pemulihan negara, kenapa turunkan dia dari jawatan Perdana Menteri.”
Sebentar tadi, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengumumkan Muhyiddin Yassin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri.
MPN ditubuhkan pada Julai lalu bagi memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19.
Ia dianggotai wakil sektor swasta, pakar industri, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman dan nasihat di dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar dari pandemik ini secara sistematik dan selamat. – FMT
Kongsikan artikel ini:
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.