Abdul Latif memenangi pingat Emas bagi acara lompat jauh T20 dengan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, pada Sabtu. -Foto Bernama |
Abdul Latif mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 melalui lompatan sejauh 7.45m.
Secara keseluruhan dalam edisi Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang melabuh tirai hari ini, Malaysia merangkul tiga pingat emas dan dua perak.Malaysia membuka tirai meraih pingat emas melalui jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg).
Emas kedua pula hadir melalui acara badminton melalui Cheah Liek Hou yang menundukkan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan kemenangan 21-17, 21-15 dalam kategori SU5.
Melengkapi sasaran emas negara, jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya di Sukan Paralimpik Rio 2016.
Ketiga-tiga mereka melayakkan diri meraih wang ganjaran kemenangan.
Berdasarkan imbuhan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam), pemenang emas Sukan Olimpik atau Paralimpik bakal menerima imbuhan RM1 juta manakala perak RM300,000 dan gangsa RM100,000.
Mereka turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) yang diberikan secara bulanan untuk sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000.
Paling mencuri tumpuan adalah Abdul Latif yang kini merangkul jumlah keseluruhan sebanyak RM2 juta selepas meraih emas dalam dua edisi Sukan Paralimpik.
Pada 2016, anak jati Kampung Paya Kelubi, Perlis ini menghadiahkan pingat emas di Sukan Paralimpik Rio dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual).
Ketika itu dia mencipta rekod lompatan sejauh 7.60 meter (m) sekaligus mencipta rekod baharu dunia.
Abdul Latif yang kini berusia 24 tahun mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 melalui lompatan sejauh 7.45m
Kemenangannya itu menutup tirai Sukan Paralimpik 2020, sekali gus melengkapkan sasaran kontinjen negara pada temasya di Tokyo itu.
Kemenangan itu sekaligus mempertahankan gelarannya yang dimenangi di Rio 2016, selain menjadi pingat emas ketiga buat Malaysia.
Khabar gembira buat kem para negara apabila seorang lagi atlet, Abdul Latif Romly menghadiahkan pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki T20 di Stadium Olimpik Tokyo, sebentar tadi. |
Jelas sekali, Latif yang juga pemenang pingat emas Rio 2016 cukup sukar digugat apabila catatan pada lompatan kedua iaitu 7.45 meter langsung tidak mampu dicabar peserta lain.
Disebalik kecederaan yang dialami atlet olahraga para negara @latifromly sebentar tadi... Dia masih terus sukar dicabar untuk pertahankan pingat emas 7.45 meter. Terima kasih Latif.🇲🇾🥇@BuletinTV3 pic.twitter.com/bMI8NGXVJW
— Hasnida Hanim Ahmad Kamil TV3 (@hanimNewsMPB) September 4, 2021
Lompatan pertama menyaksikan Latif sudah membuat kejutan apabila mencatatkan 7.26 meter mengatasi pencabar lain.
Namun, pada lompatan keempat Latif dibatalkan sebelum percubaan kelima menyebabkan dia mengalami kecederaan sekali gus mencatatkan hanya 5.56 meter.
Kecederaan yang dialami Latif menyebabkannya terpaksa menangguh hasrat untuk memecah rekod dunia yang diciptanya apabila tidak melakukan lompatan pada percubaan keenam.
Sementara itu, atlet dari Greece Prodromou Athanasios pula meraih pingat perak dengan catatan terbaik 7.17 meter sementara peserta mewakili Australia Hum Nicholas pula terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila mencatatkan 7.12 meter.
Mengikut rekod, Latif adalah pemegang rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.64m dan rekod Paralimpik (7.60m), malah dia memasang impian untuk memecah rekod dunia sekali lagi di Tokyo.
Rekod terbaiknya adalah di kejohanan ParaAsia Jakarta 2018 apabila mencatatkan 7.64 meter.
Latif layak menerima ganjaran sebanyak RM1 juta yang dijanjikan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) bagi kejayaan memenangi emas Paralimpik dan ganjaran tambahan RM100,000 daripada FWD Takaful.
Terdahulu, jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas kedua selepas menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi, 21-17, 21-15.
Sebelum ini, Bonnie Bunyau Gustin muncul atlet pertama negara berjaya menyumbangkan emas dalam acara powerlifting bagi kategori 72 kilogram (kg).
***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.