BKC mula dibayar hari ini |
Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC: Ismail Sabri
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula hari ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.Menerusi hantaran di laman Facebook beliau pada Ahad, Ismail Sabri berkata dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.
Beliau juga berkata kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).
“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,a katanya.
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.