Menurut laporan media, Kementerian Luar Jepun telah menasihati semua warganya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar untuk menjauhkan diri dari fasiliti keagamaan dan kawasan-kawasan lain yang sesak. - Foto fail AFP
Kemungkinan ancaman pengganas, kedutaan Jepun sahkan keluar amaran kepada rakyatnya di Malaysia
KUALA LUMPUR, 13 Sept -- Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur mengesahkan kedutaan itu telah mengeluarkan amaran kepada warganegaranya di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara.Menurut laporan media, Kementerian Luar Jepun telah menasihatkan semua rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar untuk mengelak berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan-kawasan sesak lain.
Seorang pegawai dari kedutaan ketika dihubungi Bernama berkata nasihat itu dikeluarkan pagi ini kepada semua warga Jepun yang berada di Malaysia.
"Kami mengeluarkan nasihat tersebut selepas menerima arahan dari Tokyo," katanya tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai hal itu.
Pegawai itu berkata buat masa ini terdapat kira-kira 31,000 warga Jepun tinggal di Malaysia.
Amaran itu memetik laporan perisikan dan kemungkinan terdapat serangan ke atas rumah ibadat dan tempat perhimpunan besar-besaran di rantau ini.
SOURCE: BERNAMA
Kongsikan artikel ini:
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.