Gurauan Kasar sampai 5 sekawan temui ajal diberi minum hand sanitizer

Gurauan melampau, 5 sekawan temui ajal kerana hand sanitizer

Menurut Tribunnews, siasatan mendapati 5 remaja berkenaan menikmati minuman yang mengandungi kandungan pembasmi kuman.

MESKIPUN tujuannya hendak bergurau kasar, janganlah diabaikan faktor keselamatan.

Menjadi kebiasaan segelintir anak muda yang bersahabat baik untuk ‘mengenakan’ rakan-rakan dengan pelbagai jenis usikan atau ‘prank’ yang adakalanya membahayakan.


Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan lima remaja yang menemui ajal setelah mengambil ‘minuman keras’ dalam sebuah parti.

Lebih mendukacitakan, minuman berkenaan rupa-rupanya telah dibancuh dengan larutan pembasmi kuman atau hand sanitizer.

Dalam kejadian itu, difahamkan seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi sempat dikejarkan ke hospital.


Susulan daripada itu, siasatan yang dijalankan turut menemui gerangan pelakunya yang masih di bawah umur ia didakwa bermotifkan dendam.

Suspek mengaku dia hanya ingin membalas dendam dan memberi pengajaran susulan sering dipukul dan oleh lima rakannya itu.


Malah katanya lima sahabatnya itu sering meminta wang sejak lima bulan lalu dan diugut akan dipinggirkan jika tidak berbuat demikian.


Sangka suspek, kesan meminum larutan pembasmi kuman itu berkenaan hanya akan menyebabkan rakan-rakannya sakit perut sahaja. Namun yang berlaku di luar jangkaannya sehingga meragut nyawa. Menurut Ketua Polis Berau, Anggoro Wicaksono siasatan mendapati larutan pembasmi kuman diperolehi pelaku daripada tempat bekerjanya.

Semoga kisah ini memberikan pengajaran buat kita semua agar berpada-pada dalam bergurau dan lawak jenaka.

Sumber: Tribunnews

SOURCE: SINAR PLUS

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.