F1: Lewis Hamilton Nyaris Maut, Tayar belakang Max Verstappen tepat mendarat di atas kepalanya

NYARIS MAUT: Kenderaan Verstappen 'menunggang' kenderaan Hamilton bagi beberapa ketika dalam perlumbaan di Italy itu. - Foto AFP

Sistem peranti halo selamatkan Hamilton

MONZA, Itali – Juara dunia 7 kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menegaskan, sistem peranti halo pada jentera F1 menyelamatkan nyawanya selepas terlibat dalam insiden kemalangan dengan Max Verstappen pada Grand Prix (GP) Itali di Litar Monza kelmarin.


Pada perlumbaan itu, kedua-dua pelumba terbabit dalam insiden kemalangan selepas bergesel sesama sendiri yang menyaksikan tayar belakang jentera Verstappen berada di atas badan kereta Hamilton sebelum terkeluar daripada litar.

HAMILTON terselamat daripada insiden ngeri selepas jentera Verstappen (kanan) melambung ke atasnya pada GP Itali di Litar Monza kelmarin. - AFP
Hamilton mengakui, dia bernasib baik kerana sistem peranti halo dapat menahan bebanan tersebut daripada terkena kepalanya sekali gus menyelamatkan nyawanya kerana jika tidak, mungkin berdepan risiko yang lebih parah.

Lewis Hamilton berkata alat keselamatan yang dipasangkan di rangka kereta lumba Formula Satu (F1) telah menyelamatkan nyawanya, selepas keretanya terlibat dalam kemalangan teruk di Grand Prix Italy.

Pemandu berusia 36 tahun itu, yang juga juara F1 tujuh kali, berlanggar dengan kereta Red Bull yang dipandu Max Verstappen, dengan kenderaan Verstappen 'menunggang' kereta Hamilton dari belakang selama beberapa ketika.

Alat yang dimaksudkan oleh Hamilton itu bergelar 'halo' dan adalah palang diperkukuh yang dipasangkan di bahagian kepala pemandu, yang melindungi kepala Hamilton daripada mengalami hentakan kuat.

Lewis Hamilton
'Saya berasa amat bertuah hari ini," kata Hamilton.

"Terima kasih Tuhan... kerana menyelamatkan leher saya."

"Saya berasa amat bertuah kerana masih bernyawa," kata Hamilton lagi.

“Ketika insiden itu, saya lihat tayar belakang Verstappen tepat mendarat di atas kepala saya. Ini antara risiko yang saya hadapi dan sudah pasti saya terkejut apabila insiden ini berlaku.


“Leher saya sedikit sakit sejurus insiden kemalangan itu. Saya sangat beruntung tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Mujur ada pelindung yang menyelamatkan saya.

“Jika anda melihat gambar itu, kepala saya agak jauh ke depan. Saya sudah berlumba untuk tempoh yang lama dan rasa sangat bersyukur kerana masih ada di sini,” kata Hamilton.

KEADAAN kepala Hamilton hampir dilenyek tayar jentera Verstappen pada GP Itali kelmarin . -AFP
Sementara itu, Hamilton kesal dengan tindakan Verstappen yang beredar terus tanpa memberikan bantuan atau memeriksa keadaannya sejurus kemalangan tersebut.

“Semua terjadi dengan sangat cepat dan ketika itu saya masih dalam mod perlumbaan. Saya berada dalam kesakitan dan cuba keluar tetapi tidak berjaya kerana jentera tersekat.

Max Verstappen sambar petak pertama GP Italy
“Saya lihat Verstappen hanya berjalan keluar daripada jenteranya. Saya terkejut kerana apabila terbabit insiden kemalangan seperti ini, perkara utama adalah pastikan pelumba di belakang anda dalam keadaan yang baik,” jelasnya.


Kededua Hamilton dan Verstappen tidak menamatkan perlumbaan, yang bermakna Verstappen mengekalkan kelebihan 5 mata ke atas Hamilton di puncak ranking.

Namun, Verstappen telah dipersalahkan atas insiden itu dan akan dikenakan penalti tiga tempat di grid bagi perlumbaan seterusnya di Grand Prix Sochi pada 26 September.

Akibat insiden tersebut, Verstappen dipersalahkan dan menerima hukuman penalti 3 petak pada perlumbaan GP Rusia di Litar Sochi dijadualkan 26 September ini. – AGENSI

SOURCE: KOSMO!

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.