KUALA LUMPUR: Kelonggaran baharu yang dipersetujui secara prinsip, termasuk kemungkinan rentas negeri akan diumumkan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan berhubung perkara itu diperincikan dalam mesyuarat khas membabitkan 3 lagi kementerian, hari ini.
Katanya, inti pati perbincangan dan keputusan berkenaan kemudian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri dan diumumkan mengikut masa dan tempat tertentu.
"Kelonggaran baharu sudah dipersetujui secara prinsip, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan umum dalam tempoh terdekat.
"Keputusan empat menteri hari ini akan dibawa kepada Perdana Menteri dan beliau akan tentukan masa dan tempat untuk umumkan kelonggaran selanjutnya," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SOURCE: Berita Harian
Kongsikan artikel ini: