Kanak-kanak 5-11 tahun boleh diberi vaksin Pfizer - Pakar

Vaksin Covid-19 Pfizer 19 dipercayai selamat diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun, menurut pakar AS. - Foto EPA-EFE

WASHINGTON: Pegawai kanan kesihatan Amerika Syarikat (AS) percaya vaksin Covid-19 Pfizer 19 akan diberi kebenaran penggunaannya bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menjelang akhir Oktober ini.



2 sumber yang mengetahui mengenai perkembangan itu berkata, ia berdasarkan jangkaan Pfizer, yang membangunkan suntikan itu dengan syarikat Jerman, BioNTech, akan mempunyai data mencukupi dari ujian klinikal.

Ia memadai untuk mendapatkan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) bagi kumpulan umur terbabit dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS menjelang akhir bulan ini.



Sumber itu menjangkakan, FDA dapat membuat keputusan sama ada suntikan itu selamat dan berkesan bagi kanak-kanak lebih muda dalam tempoh 3 minggu selepas penyerahan dokumen EUA.

Pakar penyakit berjangkit terkemuka AS, Dr Anthony Fauci, menggariskan jadual waktu inokulasi itu dalam mesyuarat yang dihadiri ribuan kakitangan di Institut Kesihatan Nasional (NIH) Jumaat lalu.



Keputusan sama ada akan membenarkan penggunaan vaksin untuk golongan lebih muda begitu dinanti-nantikan oleh jutaan rakyat AS terutama ibu bapa dengan anak yang memulakan persekolahan sejak beberapa minggu lalu. - Agensi

SOURCE: BH Singapura

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.