Emas Ke-2 Paralimpik akhirnya tiba menerusi Cheah Liek Hou!

TAHNIAH Cheah Liek Hou !!! dia berjaya meraih pingat emas kedua buat negara selepas menjuarai aksi final badminton lelaki kategori SU5 di Gimnasium Nasional Yoyogi, Tokyo sebentar tadi.

ATLET badminton para negara Cheah Liek Hou melakar sejarah tersendiri apabila meraih pingat emas bagi acara perseorangan lelaki (SU5) Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21 pada aksi final di Stadium Nasional, Yoyogi petang tadi.


Sekali gus, ia merupakan emas kedua buat kontinjen negara pada temasya Paralimpik kali ini setelah atlet powerlifting, Bonnie Bunyai Gustin meraih emas pertama negara, 27 Ogos lalu.

Cheah Liek Hou menang Pinggat emas untuk Acara Badminton buat pertama kali dalam kariernya! Cheah menewaskan pemain dari Indonesia's Deva Anrimusthi 21-17, 21-15.
Aksi set pertama dilihat berlangsung sengit dengan kedua-dua pemain dilihat saling mengejar mata untuk memenangi set berkenaan.


Bagaimanapun, Liek Hou menggunakan segala pengalaman yang dimiliknya untuk menewaskan Anrimusthi 21-17 dalam tempoh 22 minit.

Datuk Rashid Sidek kini boleh mendabik dada, memenangi pingat gangsa Third place medal ketika menjadi pemain di Sukan Olimpik Atlanta 1996. Selepas 25 tahun, dia kembali melatih Cheah Liek Hou untuk bimbing pemain itu memenangi pingat emas First place medaldi Sukan Paralimpik Tokyo 2020
Set kedua menyaksikan aksi lebih sengit dipamerkan kedua-dua pemain dalam usaha memburu kemenangan dan pingat emas Paralimpik pada temasya kali ini.


Seperti set pertama, kedua-dua pemain dilihat saling mengekori rapat antara satu sama lain dari segi pungutan mata.


Bagaimanapun Liek sekali lagi menggunakan pengalamannya untuk memenangi set kedua 21-15 dalam tempoh 28 minit dan sekali gus mengesahkan pingat emas kedua buat kontinjen negara.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.