'Dia akan cari dan pegang kaki saya dulu sebelum tidur' - Ibu mangsa

Nur Shamimi ditenangkan ahli keluarga sebaik melihat jasad anaknya, Muhammad Fayyadh yang ditemui lemas dalam sebuah lombong di Taman Kinta Baru, Gopeng pada Selasa. (Gambar Bernama / PDRM)

'Mama minta maaf, tak jaga Fayyadh baik-baik'

Gopeng: "Selalunya nak tidur dia mesti cari dan pegang kaki saya dahulu," kata Nur Shamimi Abdul Malek, 27, ibu kepada Muhammad Fayyadh Ukasyah, 6, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang hilang dan ditemukan lemas di sebuah lombong berdekatan rumahnya di Taman Kinta Baru di sini, pagi tadi.

Ibu kepada lima anak itu berkata, anak syurganya itu disifatkan paling manja dan diberi perhatian sepanjang masa sama ada di rumah atau di mana-mana sahaja.


"Selalunya kalau nak tidur dia akan duduk dekat dan pegang kaki saya dahulu baru dia boleh tidur kalau tidak selagi itu dia susah tidur.

Nur Shamimi Abdul Malek, 27, ibu kepada Muhammad Fayyadh Ukasyah, 6, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang hilang dan ditemukan lemas di sebuah lombong berdekatan rumahnya di Taman Kinta Baru di sini, pagi tadi. FOTO Balqis Jazimah Zahari
"Apabila bangun tidur juga dia akan mencari saya dahulu dan kemudian baru dia buat benda lain," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini, hari ini.

Nur Shamimi berkata, ketika kejadian hanya dia bersama anak-anak berada di rumah manakala suaminya berada di tempat kerja.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang mandi dan kedua-dua pintu rumah dan pagar sudah dipasti berkunci.


"Salah seorang anak berada di luar dan semasa saya sedang mandi abang membukakan pintu dan terlupa hendak menutup balik dan terus masuk ke dalam bilik.

"Apabila keluar bilik air saya melihat pintu rumah dan pagar terbuka dan mendapati Muhammad Fayyadh tiada lantas terus menyuruh abangnya pergi mencari tetapi tidak jumpa," katanya.

Katanya, dia selepas itu turut keluar mencari di lokasi di taman berdekatan yang selalu menjadi tempat anaknya itu bermain.

"Saya hanya mencari tempat yang dia selalu pergi bermain dan saya tidak terfikir dia boleh sampai ke lombong itu kerana selalunya dia akan bermain di taman permainan itu sahaja.


"Semalam kami sekeluarga mencarinya sehingga jam 4.30 pagi dan ketika itu kami memang tidak menemui sebarang petunjuk," katanya.

Manakala bapa mangsa, Abdul Wahid Shah, 36, pula berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari kerja terus bergegas pulang ke rumah selepas mendapat tahu berita kehilangan anak keduanya itu.

Terdahulu, mayat kanak-kanak itu ditemukan terapung di tepi lombong yang terletak kira-kira 80 meter dari rumahnya jam 9.45 pagi tadi.

Lokasi jasad Muhammad Fayyadh ditemui dalam keadaan terapung dalam sebuah lombong, kira-kira 80 meter dari rumahnya di Taman Kinta Baru, Gopeng pada Selasa.
GOPENG - Ibu kepada Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid, kanak-kanak autisme yang ditemui lemas dalam sebuah lombong di sini pada Selasa tidak dapat menahan pilu dan meratap hiba di sisi jasad anaknya itu.

Nur Shamimi Abdul Malek 27, dilihat berulang kali meluahkan rasa tidak percaya anaknya itu sudah tiada sambil menzahirkan ucapan maaf.

"Mama minta maaf sebab tak jaga Fayyadh baik-baik," katanya sambil mengusap jasad anaknya.


Ketika ditemui pemberita, Nur Shamimi berkata, mereka sekeluarga sama sekali tidak menyangka arwah akan mendekati lombong berkenaan kerana kawasan itu telah berpagar. Katanya, pada kebiasaan, anak kedua daripada lima beradik itu hanya bermain di taman permainan yang terletak kira-kira 80 meter dari rumah mereka di Taman Kinta Baru di sini sambil ditemani adik beradik yang lain.

"Kalau keluar je dari pagar rumah ini, memang ke taman permainanlah dia akan pergi, melompat sambil bermain papan gelongsor.

"Walaupun lombong berada dekat dengan taman permainan ini, dia dan anak-anak saya yang lain tak pernah pergi atau merayau di situ.


"Saya sama sekali tak menjangka dia akan ditemui di situ dalam keadaan tidak bernyawa kerana firasat saya mengatakan anak saya hanya ke taman permainan sahaja," katanya.

Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.