Muhammad Ziyad (kiri)bersama jurulatihnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto BERNAMA |
PETALING JAYA: Berhenti serang dan sakiti rakan-rakan saya!
MUHAMMAD Ziyad Zolkefli menjawab soalan pemberita. |
Menurut Utusan Malaysia, Ziyad berkongsi perasaan kecewa di atas kehilangan pingat emas tetapi menerimanya dengan hati yang terbuka.
“Saya benar-benar sedih ketika keputusan itu dibuat, tetapi bayangkan apa yang dilalui oleh rakan-rakan saya dari Ukraine. Mereka seperti saya, bersaing dalam kategori saya.
“Emosi yang saya lalui akan sama setelah melihat semua itu.
“Tolong, hentikan serangan dan kritikan kepada mereka. Ada yang mengecam fizikal mereka dan mengucapkan komen yang pasti akan melukakan perasaan mereka.
“Perkara negatif ini harus berhenti. Sudah tiba masanya kita menyebarkan aura positif. Mereka adalah atlet. Kita semua melakukan ingin melakukan yang terbaik di pertandingan itu,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Maksym Koval dikalungkan pingat emas ekoran pembatalan Muhammad Ziyad Zolkefli dalam saingan lontar peluru. |
Ziyad turut menyuarakan rasa sedih selepas gagal mengotakan janji untuk menghadirkan pingat emas sempena hari Kemerdekaan Negara.
“Saya benar-benar sedih. Bayangkan anda melakukan yang terbaik dan berlatih dengan bersungguh-sungguh, hanya untuk melihatnya ia(pingat) hilang.
“Ia menyakitkan. Dalam setiap kejohanan, saya akan selalu membawa sesuatu untuk Malaysia, tetapi kali ini saya membawa kembali kesedihan.
“Tetapi ini adalah pengajaran yang dapat dipelajari dengan baik. Saya belum selesai. Tahun depan, lebih banyak pertandingan menanti.
“Saya akan pergi ke Paris pada tahun 2024. Tujuan utama untuk memecahkan rekod dunia dan membawa pulang emas untuk negara tercinta saya Malaysia.
“Ketika dalam perjalanan pulang, saya memujuk diri saya membuang kesedihan ini dan menjadi kuat di depan anda semua. Saya selalu katakan akan ada detik ini (menang emas dan pecah rekod) untuk saya pada masa akan datang,” jelasnya.
FAIZOL Harun bercakap kepada pemberita ketika tiba di KLIA, Sepang hari ini. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR |
‘Saya bertanggungjawab atas insiden Ziyad’
Jurulatih Muhammad Ziyad Zolkefli, Faizol Harun meminta tiada lagi pihak menunding jari kepada sesiapa atas kontroversi yang menimpa jaguh lontar peluru negara itu pada Sukan Paralimpik Tokyo, sebaliknya dia mengambil tanggungjawab penuh atas apa yang berlaku.“Saya mohon bagi pihak yang mencari siapa yang bersalah dan tidak bersalah saya selaku jurulatih kepada Ziyad dan dekat dengannya.
“Saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku jangan menunding jari kepada orang lain,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.