Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 'masuk' Isnin ini
Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa satu akan dilakukan secara berperingkat mulai Isnin depan.PM, ISMAIL Sabri Yaakob ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama secara maya. |
“Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos lalu. Justeru, saya mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.
BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) |
BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.
Pada 28 Jun lalu, kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Pemulih sebagai inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid-19.
Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, beliau sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC tersebut sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.
“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar,” ujar beliau.
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.