Bapa Jadi Bidan Terjun, Sambut Bayi Lelaki Ke-3 Di Rumah Sambil Dibantu Talian Kecemasan

Fuh!! Dalam keadaan cemas dan marah sebab ambulans lambat sampai, ayah ini berjaya sambut sendiri kelahiran anaknya! 😅👏🏼

Situasi yang amat mencemaskan siapa sahaja, bapa kepada 2 anak ini terpaksa sambut kelahiran bayi ketiga di rumah dibantu oleh talian kecemasan

Tular baru-baru ini kisah seorang bapa yang menetap di Putrajaya terpaksa sambut kelahiran bayi ketiga awal sehari dari tarikh dijangka bersalin.


Dalam cemas dan panik, bapa tersebut tiada pilihan lain selain menjadi berani dan lakukan apa yang sepatutnya bagi menyelamatkan nyawa bayi yang ingin keluar melihat dunia awal sehari.

Isteri dah tak tahan sakit terpaksa sambut kelahiran bayi di rumah


Kata bapa tersebut yang dikenali sebagai Shahril Nizam di Facebook, dia sempat menyelesaikan urusan jual beli di rumah sebelum menjadi bidan terjun dan sambut kelahiran bayi lelakinya.

Selesai urusan jualan, dia naik ke rumah dan diberitahu oleh kedua anaknya bahawa isterinya dalam kesakitan dan tampaknya ingin bersalin secepat mungkin.

Gara-gara isterinya sudah merintih kesakitan dan tidak lagi boleh berjalan, bapa ini terus membuat panggilan kecemasan walaupun terpaksa redha ia akan mengambil masa disebabkan musim pandemik ini.

Namun dia tetap perlu lakukan apa yang sepatutnya, memandangkan dia pun tidak mempunyai apa-apa ilmu dalam menyambut bayi.

Dalam keadaan cemas, marah dan panik akibat bantuan yang lambat tiba, operator bahagian kecemasan itu tetap tenang dan memberi arahan apa yang si bapa perlu lakukan.

"Masa ni dh start berdarah dan meleleh air sikit. X lama lps tu mmg wife dh x tahan sgt aku jerit blk la kat operator tu suruh ambulan cpt skit dlm hati mmg fikir dh nk bersalin la, mujur la lps bg detail td operator bgtau jgn letak talian dulu incase apa2 dia cuba guide," memetik perkongsian Shahril dalam kirimannya di Facebook.

Sudah nampak kepala bayi


Kata Shahril, dia cukup panik saat melihat kepala bayi sudah hampir terkeluar dan tidak tahu sama ada perlu ditarik atau tidak memandangkan dia bimbang bayi akan lemas. Bayi pun masih tidak berbunyi, dia juga sempat menjerit pada operator namun dibalas dengan tenang supaya tetap menunggu sehingga kepala bayi keluar sepenuhnya selepas diteran.

Atas lantai tu sekadar lapik dgn tuala je la tiba2 tgk mcm kepala baby nk terkeluar sebab wife mmg dh start meneran masa tu mmg aku jerit la lg kat operator tu tp dia tenang bg arahan suruh tunggu sampai la kepala dh terkeluar aku tnya blk xtau nk buat apa ikutkn nk tarik sebab fikir takut baby lemas x bunyi lgsg.

Selepas beberapa kali isterinya cuba meneran akhirnya bayi keluar dengan selamat, dan Shahril berjaya menyambut bayinya yang ketiga. Kata Shahril dia cukup tidak menyangka perkara ini berlaku, dia sempat membuka mulut bayi dan seterusnya baru terdengat tangisan.

Dh lama sikit teran sekali lg alhamdulillah Allah SWT permudahkan trs keluar hbs, mujur la baby keluar slow2 sempat la aku sambut trs cuba bukak skit mulut baby trs baby nangis. Masa ni mmg rasa nk nangis rasa mcm x percaya aku sndri yg sambut kelahiran baby ke3 ni tanpa doc & nurse cuma mengharapkan bantuan dan tunjuk ajar drpd operator kat talian.

Dh selesai baby dh keluar hbs dia guide suruh balut dulu baby mujur la baby keluar bersih je xde darah sgt pd anggota badan tgk jantina boy lg, sekadar balut dgn tuala je so xde la kna cuci sgt body baby. Lps tu operator cuma suruh cari tali utk tandakan pd tali pusat baby smntra tgu ambulan sampai sebab uri pun blm keluar masa tu.

Ambulan tiba selepas beberapa minit kelahiran


Selepas selamat menyambut kelahiran bayi lelakinya itu, barulah ambulan tiba dan membantu dari segi urusan mengeluarkan uri dan memotong tali pusat bayi. Ibu dan bayi segera dibawa ke hospital kerana bimbang kelahiran di rumah ada risiko untuk terkena jangkitan.

X lama lps tu bru dgr bunyi ambulan, diorg naik atas trs aku serahkan urusan seterusnya pd nurse utk potong tali pusat baby dan tgu uri keluar. Dh setel diorg trs bwk mommy dgn baby naik ambulan pegi hospital utk pemantauan, menurut wife nurse bgtau kna tgl hospital dulu sebab kelahiran kat rmh takut ada jangkitan kuman. Moga xde apa2 la hendaknya.

Tu je la mampu aku ceritakan sikit pengalaman jd bidan wife sendiri, pd kwn2 yg bertnya mohon maaf x sempat nk reply 1-1. Dah tgh mlm bdk2 dh tido baru ada mood mengarang walaupun kelaut..?? Alhamdulillah semuanya boy 3 org, harap diorg je la mampu jaga mommy & baba dh tua nti.

Untuk semua bakal bapa, anda WAJIB tahu ilmu asas dalam menyambut kelahiran bayi ya. Dan hubungi talian kecemasan untuk membantu anda dan memberi arahan dalam langkah yang perlu dilakukan. Yang pasti, panik dan takut tolak tepi dulu.

Sumber: Shahril Nizam

SOURCE: The Asian Parent.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.