Bayaran GKP 4.0 mulai 21 September |
GKP 4.0 RM500 Dibayar Bermula Selasa, Bayaran Kali Kedua Pada November – PM
KUALA LUMPUR - Kerajaan menyalur bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 sebanyak RM500 juta lagi di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang akan mula dibayar pada 21 September bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro.Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 (RM500). "Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.
"Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021 melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada pemain industri ini kerana mereka merupakan antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik Covid-19
SOURCE: Sinar Harian
Kongsikan artikel ini:
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.