Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Kota Kinabalu-Papar

Mangsa ditemukan maut dalam kemalangan yang berlaku di Kem Lok Kawi di Jalan Kota Kinabalu-Papar semalam.-IHSAN PDRM

PENAMPANG: Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kota Kinabalu-Papar berhampiran Kem Tentera Lok Kawi, malam tadi.


Dalam kejadian jam 11.59 malam itu, mangsa Koperal Rozlan Shahruddin Abd Ajik, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Dalam kejadian jam 11.59 malam semalam, Koperal Rozlan Shahruddin Abd Ajik, 35, yang sebelumnya bertugas di Balai Polis Putatan di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar ihsan PDRM
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Segindai, Kinarut, Papar.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai merempuh belakang sebuah lori.


Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian moleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) yang hadir di lokasi kejadian.

“Mangsa dibawa ke HQE I untuk tujuan saringan ujian Covid-19 sebelum proses bedah siasat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mohd Haris berkata, mangsa adalah anggota polis yang bertugas di Balai Polis Putatan.

Katanya, pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada seluruh keluarga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.


“Kita berterima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan arwah Koperal Rozlan.

“Seluruh warga IPD Penampang menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Koperal Rozlan,” katanya. – Asiatimes

SOURCE: Asiatimes

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.