Suri rumah yang memaksa pembantu rumah mandi di hadapannya dipenjara lebih dari 15 bulan |
Wanita dihukum penjara dera amah, paksa mandi depannya, tendang alat kelamin
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 33 tahun dihukum penjara selama 15 bulan dan dua minggu atas kesalahan menendang bahagian kemaluan pembantu rumahnya.
Selain itu, tertuduh, Rosdiana Abdul Rahim bukan sahaja mendera fizikal mangsa, bahkan, mendera emosinya dengan memangggil wanita itu sebagai ‘berbau’.
Mahkamah turut memerintahkan Rosdiana membayar 2,500 dolar Singapura (RM7,798) kepada mangsa sebagai pampasan, lapor Channel News Asia.
Tertuduh sebelum itu berdepan enam pertuduhan termasuk menghina maruah, menggunakan kekerasan serta menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.
Mangsa, 21, datang ke Singapura dari Indonesia untuk bekerja buat kali pertama pada September 2017.
Rosdiana Abdul Rahim juga diperintahkan untuk membayar wang pampasan kepada mangsa sebanyak $ 2,500. |
Wanita itu diarahkan membuat segala kerja rumah termasuk menjaga anak kembar majikannya dan kanak-kanak yang berada di rumah ibu tertuduh.
Dihukum penjara: Wanita yang memaksa pembantu rumah untuk mandi dan mandi di hadapannya |
Tertuduh pernah mendera mangsa dengan mencubit payu daranya di hadapan suaminya.