Sedih arwah tidak sempat tatap wajah baby
“Dr cakap saya penat pujuk isteri awak, tapi dia cakap dia tak nak ditidurkan”
Shuib menceritakan saat-saat arwah isterinya yang terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan mengeluarkan bayi mereka kerana bimbang akan kesihatan Siti Sarah pada ketika itu.@sinarharianonline [SHORTS] Sarah tidak mahu ditidurkan ##fyp ##sitisarahraisuddin ##shuibsepahtu ##rasuahbusters ##tiktoksinar ##sinarharian
♬ original sound - Sinar Harian
“Masa hari Jumaat pukul 10.26 pagi, Dr telefon saya untuk meminta kebenaran dengan saya untuk tidurkan dia. Sabab masa tu dia tak nak,”
“Saya pujuk dia, saya cakap macam-macam sampai dia cakap apa dekat saya, dady macam mana saya nak positif dalam keadaan macam ni,”
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkongsi sifat arwah isterinya Siti Sarah yang selalu berfikiran positif.
“Dia still tanya how to be positif, sebab bila dia ada masalah itu lah antara word yang akan keluar,”
Terdahulu Penyanyi terkenal Siti Sarah, 36 yang telah meninggal dunia pada 9 Ogos lalu tanpa sempat menatap bayi lelaki dikandungnya selama lapan bulan.
Bayi diberi nama Ayash yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu, dikhabarkan telah pun dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kongsikan artikel ini: