Lucu! Mungkin dia betul-betul tak tahu nama mangosteen, kebetulan ulas manggis nampak macam bawang putih😆. |
BUAH manggis ialah sejenis buah yang banyak ditanam di kawasan tropika termasuk Malaysia dan kawasan sekitar Asia Tenggara.
Ia ditanam secara komersial di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kini manggis juga ditanam di Hawaii dan Amerika Syarikat.
Kehadiran manggis tentunya tidak asing buat kita. Manggis atau nama saintifiknya Garcinia mangostana banyak ditanam di kebun dan sekitar kediaman di kawasan desa di negara kita.
Apabila tiba musimnya, ratu buah itu yang asalnya berkulit hijau muda semasa putik akan bertukar kemerah-merahan atau ungu gelap apabila masak ranum. |
Pengguna TikTok @missbedhead baru sahaja mencuba manggis pertama kali. Katanya, manggis adalah buah yang paling enak.
Dia yang tidak tahu nama sebenar manggis menamakan buah itu ‘Sweet Garlic Fruit’ pada ruangan kapsyen mungkin kerana bentuk ulas manggis seakan-akan bawang putih.
tuturnya sambil memakan manggis.Candy garlic…. Isinya lembut dan menyegarkan. Tetapi kelihatan seperti bawang putih. “Buah ini mempunyai gabungan rasa laici, mangga dan limau tangerine dalam masa yang sama. Sangat berjus.
@missbedhead
TikTok
Dia yang mengatakan manggis kini menjadi kegemarannya turut mencadangkan buah berkenaan kepada warga maya.
Video berdurasi 58 saat itu meraih 657,000 tontonan dan mendapat 48,000 tanda suka.
@missbedhead Sweet Garlic Fruit?! ##fruit ##tastetest
♬ original sound - Michelle Brown
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dari Malaysia memberitahu nama buah tersebut ialah mangosteen dan manggis, bukannya ‘Sweet Garlic’ atau ada kaitan dengan bawang putih.
Ada juga yang memberikan komen tidak tahan melihat wanita berkenaan memotong manggis menggunakan pisau dan memberitahu ia hanya boleh dikopek menggunakan kedua belah tangan. Malah ada uyang berasa bangga apabila buah tersebut kini sudah disukai di luar negara.
Manggis ialah buah-buahan tempatan Malaysia yang popular. Buah berkulit tebal ini kaya dengan vitamin C, zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.
Buah ini jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia.
Sumber: TikTok @missbedhead