Video Anak Mempersoal Mengapa “Papa Penakut Selalu Tidur Dengan Mama” Buat Penonton Geli Hati

Macam mana nak jawab bila anak tanya macam tu...



KADANGKALA telatah anak kecil bukan sahaja mencuit hati, bahkan mereka juga boleh mengajukan 1001 soalan yang sebahagian tidak pernah kita fikirkan.

Begitu juga dengan galagat seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Yaya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, kanak-kanak tersebut berbual dengan ibunya di dalam kereta sambil meluahkan rasa tidak puas hati mengapa dirinya perlu tidur di bilik sendiri.

Bagaimanapun berbeza dengan papa (nama panggilan ayahnya) yang penakut dan selalu tidur bersama ibunya.

“Ma, nak tanya kenapa dah tidur di bilik masing-masing. Lepas tu Kak In pun sama, abang pun sama.




“Lepas tu kenapa papa penakut asyik tidur dengan mama jee”, soal Yaya.

Terkejut dengan pertanyaan itu, ibunya yang juga pemilik akaun hawa_aje tergelak besar bertanyakan kepada anaknya mengapa bertanyakan soalan begitu.

“Adik kenapa soalan itu? Nanti tanya papa ya kenapa dia penakut tidur sorang-sorang,” kata wanita itu.

Video yang dikongsikan hampir seminggu lalu itu juga mendapat lebih 100,000 tanda suka selain telah ditonton lebih 1.3 juta.

Rata-rata khalayak terhibur dengan gelagat Yaya yang mengajukan soalan di luar jangkauan itu.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.