TMJ mahu jumpa 779 guru tolak vaksin

779 guru di Johor tolak divaksin



Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang menolak menerima vaksin Covid-19, bagi mencari penyelesaian isu itu.

Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda hari ini bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

"Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah," titah baginda dalam ciapan berkenaan.

Tunku Mahkota Johor membuat ciapan berkenaan apabila seorang netizen berkongsi laporan berita Harian Metro berkenaan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin Covid-19.


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim
Hari ini, Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, dilaporkan memaklumkan kira-kira

779 guru di negeri Johor menolak untuk menerima vaksin Covid-19.



Mazlan dilaporkan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin supaya golongan guru terbabit akan menerima vaksin. Seramai 779 guru di negeri ini menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kepentingan vaksin supaya golongan terbabit menerimanya.

"Kerajaan Johor akan memanggil 779 guru yang menolak vaksin itu secara individu untuk diberi penerangan supaya mereka faham kepentingan vaksin apatah lagi sesi persekolahan dijangka dibuka Oktober nanti.

"Sehingga 19 Ogos lalu, seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

"Berdasarkan statistik, seramai 23,746 guru sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.


"Berdasarkan statistik, seramai 23,746 guru sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.
"Bagi anggota kumpulan pelaksana (AKP) pula, seramai 6,539 atau 91.43 peratus sudah menerima dos pertama dan seramai 2,816 atau 39.37 peratus sudah lengkap kedua-dua dos.

"Bagi staf sokongan operasi pula, seramai 9,236 atau 71.49 peratus sudah menerima dos pertama dan seramai 7,030 atau 54.42 peratus lagi sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nor Hayati Bachok (Amanah- Maharani) berkenaan kadar vaksinasi guru di negeri ini pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, hari ini.

Sementara itu, Mazlan berkata, JPNJ menyokong penuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi memastikan program vaksinasi mencapai 100 peratus.

Katanya, kerjasama itu membabitkan warga sekolah, ibu bapa dan penjaga ketika pembukaan sesi persekolahan nanti.


TMJ jumpa 779 guru tolak vaksin
"Merujuk kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 15 Ogos 2021, sesi pembukaan sekolah secara berperingkat akan bermula pada 3 Oktober.


TMJ jumpa 779 guru tolak vaksin
"Pemakluman awal akan dibuat sekiranya terdapat keperluan perubahan tarikh hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.