MUHYDDIN YASSIN |
Pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa tiada isu berbangkit mengenai peletakan jawatannya buat masa ini.
Menurutnya, beliau telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam sesi mengadap di Istana Negara pagi ini mengenai sejumlah surat akuan yang masih menyokongnya.
“Dalam majlis menghadap pagi ini, saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa saya telah menerima sejumlah surat akuan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini.
“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi.