Kerana malu, dia memilih untuk tidak memberitahu ibunya dan menahan rasa sakit. |
Seorang lelaki berusia 38 tahun yang tinggal bersama ibunya di Bangkok, Thailand dilaporkan bosan sehingga melakukan perkara yang aneh. Dia memutuskan untuk mencuba dan memasukkan zakarnya ke dalam ‘padlock’ atau mangga kunci. Biar betul?
Dipetik dari Ladbible, hal ini menjadi lebih mengejutkan apabila lelaki ini menyedari kunci pada padlock itu hilang. Kerana malu, dia memilih untuk tidak memberitahu ibunya dan menahan rasa sakit. Walaubagaimanapun, lelaki tewas dengan kesakitan itu ketika kemaluannya mulai membengkak dengan teruk.
Setelah 2 minggu menderita kesakitan, lelaki itu akhirnya memutuskan untuk mendapatkan bantuan dari ibunya.
Ibunya berusaha sedaya upaya untuk menolongnya sebelum memanggil pegawai penyelamat untuk membantu membuka padlock itu. Dia fikir penyelamat akan mengakhiri kesakitannya, tetapi malangnya, mereka tidak dapat kerana keadaannya lebih buruk daripada yang mereka jangkakan. Mereka segera membawa dia ke hospital terdekat.
Sumber hospital mendedahkan bahawa mereka harus menggunakan pemotong elektrik untuk mengeluarkan kunci dari zakar lelaki itu. Semasa pembedahan yang berlangsung kira-kira setengah jam, para doktor harus melapisi kepingan logam nipis di antara besi dan kulit untuk mengelakkan kecederaan yang tidak diingini. Air juga dituangkan ke bahagian peribadinya sebagai bentuk pelinciran untuk memudahkan proses.
Foto: Ladbible |
“Jika padlock itu berada di situ lebih lama, infeksi itu sangat buruk sehingga kemaluannya akan mulai membusuk”
Foto: Ladbible |
“Dia memberitahu saya bahawa dia melakukan ini kerana dia bosan dan dia suka meletakkan” kemaluannya melalui lubang kecil. Saya marah kepadanya kerana memalukan telah memberitahunya untuk tidak buat lagi. “
Foto: Ladbible |