Tengku Azlan kembali ke pangkuan UMNO

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Temerloh, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar



KUANTAN – Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Temerloh, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar membuat kejutan apabila kembali ke pangkuan UMNO dan meletak jawatan daripada Bersatu.

Tengku Azlan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini dan memilih menjadi Ahli UMNO Bahagian Paya Besar.

Tengku Azlan berkata, keputusannya kembali ke pangkuan UMNO adalah kerana yakin parti keramat itu menjadi tunjang perjuangan orang Melayu dan Islam.

“Terima kasih kepada ahli dan perwakilan Bersatu Bahagian Temerloh kerana memilih saya pada pemilihan parti yang lalu.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman kerana sudi menerima saya sebagai ahli UMNO bahagian ini,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dilahirkan pada 21 Julai 1949, Tengku Azlan ialah bekas Ahli Parlimen Jerantut dari 1999 hingga 2013 dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan serta Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Tengku Azlan mengejutkan ramai pihak apabila menolak jawatan Timbalan Menteri yang ditawarkan kepadanya.

Tengku Azlan memohon menyertai Bersatu pada 2016 sebelum didaftarkan keahliannya pada 2017.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.