Sering tangguh temu janji vaksin, wanita maut akibat Covid-19

Danni Coombs baru berusia 25 tahun ketika meninggal dunia dari Covid



LONDON: Seorang ibu kepada tiga anak meninggal dunia akibat Covid-19 kerana dia sering menangguhkan temu janji suntikan vaksin.

Danni Coombs meninggal dunia di hospital di Buckinghamshire pada 15 Julai lalu selepas dijangkiti virus maut itu dari suaminya.

Keluarganya memberitahu, wanita itu sering menangguhkan vaksinasi biarpun sudah mendapat tarikh temu janji.

Dia sering memberi alasan banyak kerja yang perlu dilakukannya, termasuk menguruskan tiga anaknya.

Coombs meninggalkan tiga anak yang masing-masing berusia dua, empat dan tujuh tahun.


Danni Coombs yang lemah lembut dan prihatin sedikit gementar untuk mendapatkan vaksinasi dan begitu sibuk dengan anak-anaknya sehingga dia tidak pernah dapat melakukannya.
Keadaannya mula kritikal selepas dia tidak memberikan respons terhadap sebarang ubatan yang diberikan, selain paras oksigennya turun mendadak.

Ibu saudaranya, Kelly memberitahu, Coombs ada peluang untuk diselamatkan sekiranya dia mengambil suntikan vaksin lebih awal.

“Coombs memberitahu dia berasa gementar untuk vaksin, selain memaklumkan banyak urusan perlu diuruskan menyebabkan dia tangguh mendapatkan suntikan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.