Gambar hiasan |
SHAH ALAM- Selangor mencatatkan penurunan kes covid kronik bagi tahap 3 hingga 5 sehingga melebihi 50 peratus sejak Jun lalu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini berdasarkan jumlah kes terkini hanya 80 kes berbanding antara 200 hingga 260 kes seminggu sebelum ini.
Katanya, angka itu menunjukkan keberhasilan pelaksanaan program vaksinasi yang diterima penduduk Selangor.
“Walaupun kes jangkitan Covid-19 masih lagi tinggi tetapi bilangan pesakit Covid-19 yang ditahan di hospital telah menurun secara mendadak.
“Hal itu dibuktikan dengan kadar penggunaan katil di hospital seluruh negeri ketika ini adalah 88 peratus berbanding 150 peratus pada bulan Mei lalu,” katanya pada sesi pergulungan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.
Amirudin berkata, sehingga semalam seramai 3.31 juta individu atau 69 peratus daripada keseluruhan mereka yang tinggal di Selangor telah lengkap vaksinasi dan beliau yakin negeri itu akan mencapai imuniti kelompok menjelang bulan depan. - K!ONLINE