“Selagi hidup, daddy akan pastikan anak-anak semua jadi anak yang hebat, soleh dan solehah” -Shuib

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib menitipkan semangat serta memujuk ketiga-tiga anak kecilnya, yang baru sahaja kehilangan ibu mereka, penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin, pagi tadi.



Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib menitipkan semangat serta memujuk ketiga-tiga anak kecilnya, yang baru sahaja kehilangan ibu mereka, penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin, pagi tadi.

Menerusi entri Instagram, dia berkongsi beberapa hantaran video bersama anak-anaknya selepas solat berjemaah.

Dalam hantaran video berkenaan, Shuib sedang mencuba menenangkan anaknya, Uwais Alqarni, 10, yang dilihat sedang menangis mengenangkan arwah ibu tercintanya.

“Daddy ada okey? Jangan sedih-sedih, daddy ada. selagi hidup, daddy akan pastikan anak-anak semua jadi anak yang hebat, soleh dan solehah,” katanya ringkas menerusi Instastory.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yg sama juga, dilihat anak keduanya, Dzahira Talitha Zahra, 8, menitipkan rasa rindu buat ibunya yang dahulunya adalah tempat mereka bermanja.

Turut dikongsi gelagat anak ketiganya, Aria Matin yang baru berusia enam tahun itu sedang bertanyakan soalan kepada bapanya mengenai solat, menerusi video tersebut.

Pagi tadi, penyanyi kesayangan ramai itu telah menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.