‘Saya tidak mahu kes saya digugurkan begitu sahaja’ – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak



PETALING JAYA: “Saya mahu kes-kes saya melalui proses perbicaraan dan perundangan yang adil dan telus sebab ia satu-satu cara sahaja untuk bersihkan nama saya sepenuhnya”.

Berikut kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Facebook beliau terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengemukakan cadangan pengampunan diraja terhadapnya hari ini di Istana Negara.

Kata beliau: “Saya berterima kasih pada NGO ini sebab mengambil berat pada saya tetapi saya tak pernah berhubung dengan mereka dan tidak diberitahu tentang petisyen mereka kepada istana pagi tadi. Saya tidak mahu kes saya digugurkan begitu sahaja dan saya tidak mahu apa-apa campur tangan politik”.

Untuk itu beliau amat yakin tidak bersalah.

“Sebab itu apa perlunya saya diampun sekiranya saya tak salah? Berani kerana benar,” katanya.


Beritaup2date sebelum ini melaporkan penyerahan surat cadangan permohonan Najib sebagai Perdana Menteri Interim serta pengampunan diraja bagi menggantikan kerajaan sedia ada oleh satu NGO di Istana Negara.

Cadangan pelantikan tersebut adalah bagi menggantikan pimpinan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang gagal mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen.

Sebelum ini, Najib dilaporkan bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.