Bapa kepada 3 anak itu hanya mempunyai 16 bulan lagi sebelum dia layak mendapat pencen penuh. SARJAN Wan Ramli Wan Seman, 39 percaya yang dia berhak menolak vaksin kerana kerajaan belum mewajibkannya.
Askar yang dipecat kerana menolak vaksin lawan kes di mahkamah
PETALING JAYA: Seorang anggota tentera berpangkat sarjan yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19, “diberhentikan secara tidak terhormat”, selepas 19 tahun berkhidmat untuk negara tanpa sebarang rekod disiplin.Wan Ramly Wan Seman mengatakan bahawa dia akan menyerahkan kepada peguamnya untuk memberi komen mengenai tuntutan mahkamah terhadap ATM. |
Arahan pemberhentian perkhidmatan terhadapnya dikeluarkan Kementerian Pertahanan dan akan berkuat kuasa 26 Ogos ini.
SARJAN Wan Ramli Wan Seman, 39 masih berbincang dengan peguam menawarkan khidmat guaman percuma. FOTO NSTP
Katanya, tarikh penamatan perkhidmatan sepatutnya pada 21 Januari 2023 dan dia sepatutnya melaporkan diri untuk latihan penempatan semula pada Mac tahun depan.
Bapa kepada tiga anak itu memberitahu FMT, dia hanya menggunakan haknya untuk menolak vaksinasi seperti dinikmati setiap warganegara.
WAN Ramli Wan Seman menunjukkan laporan artikel yang disiarkan sebuah portal berita mengenai dirinya ketika ditemui di Bandar Seri Sendayan, Seremban. |
Wan Ramly berkata, beliau akan berdepan kesukaran untuk mengurus anak-anaknya yang berusia tiga hingga sembilan tahun, sambil menambah isterinya yang bekerja di sektor swasta menjadi satu-satunya sumber pendapatan keluarga.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech. FOTO BERNAMA
Katanya, penderitaannya bermula pada 7 Julai apabila menolak vaksin ketika diarahkan berbuat demikian dan dia kemudiannya menjalani beberapa sesi pertemuan dengan pihak atasan yang cuba meyakinkannya.
“Salah satu sesi adalah dengan sembilan orang daripada mereka termasuk pegawai pemerintah, pegawai bertugas, doktor dan seorang ustaz. Saya diberi tekanan hebat dan dimarahi mereka.
“Pada 10 Julai, saya didakwa di bawah empat seksyen Akta Angkatan Tentera 1972. Ini termasuk tidak mematuhi arahan untuk diberi vaksin yang wajib bagi semua anggota tentera dan hanya dengan mengatakan, “saya betul-betul tidak setuju untuk divaksin’,” katanya.
KENYATAAN MEDIA dari Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung KES PENOLAKAN SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 SEORANG ANGGOTA TENTERA MELIBATKAN SARJAN WAN RAMLY BIN WAN SEMAN. |
Ketika dihubungi, Presiden Persatuan Patriot Nasional (PATRIOT), Mohamed Arshad Raji berkata, beliau sudah diberi penerangan mengenai kes itu dan berusaha membantu.
“Beliau mungkin melanggar arahan itu tetapi sebagai rakyat yang memiliki hak dalam hal vaksin. Ini tidak wajib bagi rakyat,” katanya.
Katanya, cara terbaik adalah dengan memberinya kursus awal penempatan semula dan beliau dapat menghabiskan masa dengan belajar sebelum menamatkan perkhidmatan.
“Memberhentikannya beberapa bulan sebelum dia layak untuk pencen itu bukan sahaja tidak berperikemanusiaan tetapi agak kejam kerana beliau adalah bapa kepada tiga anak. Ada cara lebih baik untuk menangani seorang askar yang telah menyumbangkan perkhidmatan terbaik ketika masa mudanya kepada negara,” katanya.
Arshad berkata, beliau menangani banyak kes disiplin semasa dalam perkhidmatan tetapi selalu menggunakan belas kasihan dengan mempertimbangkan status keluarga anggota terlibat.
“Sarjan ini tidak melakukan jenayah, kesnya perlu dikaji,” katanya. - FMT
Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.