Penyanyi, Siti Sarah dilaporkan dalam keadaan stabil namun masih belum sedarkan diri. |
PETALING JAYA: Penyanyi, Siti Sarah dilaporkan dalam keadaan stabil namun masih belum sedarkan diri.
Perkembangan itu dikongsikan pengurusnya, Nana Mohd. Rom sebentar tadi.
“Keadaannya Sarah stabil namun belum sedarkan diri.
“Kita sentiasa berdoa, begitu juga dengan suaminya, Shuib Sepahtu yang tidak putus berdoa dengan harapan dia dapat bangun semula,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Dalam pada itu, Nana turut memberitahu Shuib masih belum bersedia untuk dihubungi wartawan buat masa ini.
“Kita bagi dia bertenang dahulu,” kata Nana lagi.
Siti Sarah, yang dijangkiti wabak Covid-19 terpaksa ditidurkan pada Jumaat lalu untuk menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan.