PERCERAIAN yang berlaku antara ibu bapa menjadi penyebab anak-anak tertekan. |
JAKARTA: Kisah rumah tangga berkecai akibat kumpulan WhatsApp bukan isu baharu, bahkan sudah berlarutan sejak sekian lama.
Sebuah konsultan rumah tangga di Indonesia menceritakan seorang klien terpaksa menelan hakikat diceraikan selepas 25 tahun mendirikan rumah tangga, gara-gara suaminya menyertai kumpulan WhatsApp bekas pelajar sekolah menengah.
Katanya, bekas suaminya terlalu ketagih kepada bekas teman wanitanya semasa zaman sekolah selepas menyertai kumpulan WhatsApp itu.
Lebih memeranjatkan apabila suaminya sanggup berjaga pada waktu malam hanya semata-mata ingin melakukan panggilan video dengan wanita itu.
Sebagai seorang isteri, sudah tentu kejadian itu mengguris hati dan mencalar perasaannya.
Selepas klien itu mengadakan sesi kaunseling selama tiga kali, dia hanya mahukan ketenangan dan berbahagia sehingga hujung usia. -AGENSI