Tangkap layar video solat jenazah ghaib yang diadakan di Mekah semalam. |
Solat Jenazah Ghaib melibatkan lebih 300 orang di tanah suci Mekah diketuai Imam Masjid Mekah diadakan untuk Allahyarham Siti Sarah Raisuddin semalam.
Perkara itu dimaklumkan semasa siaran langsung bacaan Yasin yang diadakan untuk Siti Sarah malam tadi yang turut disertai oleh suaminya dan beberapa rakan artis.
Video solat jenazah ghaib itu turut dikongsi di laman Twitter suami Siti Sarah, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pagi tadi.
“Allahuakbar, pagi ini saya dapat kiriman video solat ghaib jenazah khas buat bidadari syurga saya di dalam Masjidil Haram. Allah maha besar, bergembiralah ibu di syurga sayang,” katanya.
Video yang dikongsikan itu juga mendapat perhatian ramai dengan rata-rata pengguna media sosial mendoakan Allahyarham dan memberi kata-kata semangat kepada Shuib.
ALLAHUAKBAR 😠pic.twitter.com/Z8RwjQnylj
— Qurratul.Aina ♥ (@Ain4Qurratul) August 9, 2021
“Bukan setakat di Malaysia, sampai ke Mekah orang doakan Kak Sarah. Semua orang sayang Kak Sarah,” kata Nursyakila.
“Mesti baik semasa hidupnya sampai terima kebaikan begini bila telah bertemu pencipta. Berbahagialah di sana,” kata Zira.
“Semoga Shuib dan anak-anak serta keluarga terus kuat dan dapat bersatu kembali dengan Sarah di syurga kelak,” kata Seha. – K! ONLINE