PH sedia sokong Ismail Sabri

Ismail Sabri (dua dari kiri) dan Anwar, Mohamad (kiri) serta Guan Eng (kanan) menandatangani kenyataan bersama dalam pertemuan mereka di Putrajaya hari ini.

'Gencatan politik' kerajaan Ismail Sabri dengan Anwar



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan tiga pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) mencapai kata sepakat untuk memperkukuhkan fungsi Parlimen sebagai institusi bertanggungjawab menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif.

Pembangkang secara prinsipnya sedia memberi sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usul undi percaya bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan itu akan diberikan sekiranya dasar dan program dilaksanakan Perdana Menteri itu pro rakyat dan mampu menyelesaikan isu pandemik COVID-19.

"Kita beritahu kalau keadaan ini dan program agak pro rakyat, kita tidak akan mempersulitkan (undi percaya)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Selain Anwar, turut bersama dalam perjumpaan kira-kira satu jam itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.


Ismail Sabri (dua dari kanan) dan Anwar, Mohamad (kiri) serta Guan Eng (kanan) dalam pertemuan mereka di Putrajaya hari ini.
Mengulas mengenai perjumpaan berkenaan, Anwar menganggap ia satu permulaan yang baik terutama dalam usaha menangani masalah COVID-19 yang lebih berkesan khususnya menyentuh golongan miskin serta mereka yang hilang pekerjaan.

Ismail & PH Capai Muafakat Perkasa Parlimen

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan Perdana Putra hari ini.



Dalam kenyataan bersama, mereka bersetuju dan memahami pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan pemerintahan yang baik.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.