Pfizer, Moderna naikkan harga vaksin

Kementerian telah melupuskan kira-kira 6.25 tan botol vaksin di seluruh negara setakat ini. - AFP



BERLIN: Syarikat farmaseutikal Pfizer Inc dan Moderna Inc dilaporkan menaikkan harga vaksin Covid-19 menerusi kontrak bekalan baharu dengan Kesatuan Eropah (EU).

Harga baharu bagi satu dos vaksin Pfizer adalah 19.50 euro (RM97.70) berbanding 15.50 euro (RM77.64) sebelum ini.

Bagi vaksin Moderna pula, harga dinaikkan dari 19 euro (RM95) kepada 21.50 euro (RM107.70) untuk satu dos.

Suruhanjaya Eropah baru-baru ini menyatakan EU menyasarkan sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk dewasa sudah divaksin sepenuhnya menjelang penghujung musim panas tahun ini.

Pada Mei lalu, EU maklumkan pihaknya dijangka menerima lebih satu bilion dos vaksin dari empat pengeluar menjelang hujung September.

Sementara itu, Pfizer dan Moderna tidak mengeluarkan kenyataan berhubung isu kenaikan harga vaksin tersebut. – REUTERS

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.