SEOUL: Pewaris Samsung, Lee Jae Yong dibebaskan dari penjara Korea Selatan dan perlu menjalani perintah parol termasuk halangan menjalankan perniagaan selama lima tahun.
Namun, belum jelas sama ada dia masih dibenarkan menjalankan operasi syarikat melainkan mendapat pengecualian.
Lelaki itu meringkuk dalam penjara selama 207 hari selepas didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan penggelapan wang, Januari lalu.
Kes itu turut melibatkan bekas Presiden negara, Park Guen Hye yang turut menjalani hukuman penjara kerana kes rasuah dan penyelewengan kuasa.
“Saya sudah menimbulkan kebimbangan kepada ramai orang, saya minta maaf sepenuh hati. Saya mendengar kutukan, kritikan dan harapan tinggi terhadap diri ini. Saya akan bekerja keras,” katanya.
Pewaris syarikat Samsung dijel kerana rasuah |
Dia dituduh membayar AS$37.7 juta (RM150.8 juta) kepada dua yayasan bukan berasaskan keuntungan yang diusahakan oleh Choi Soon Sil sebagai meraih sokongan politik berhubung pelantikan jawatan dalam konglomerat itu.
Samsung Electronics diasaskan oleh datuk kepada Lee dan menjadi pemimpin de facto dalam syarikat itu sejak 2014. -BBC