Perintah berkurung di Melbourne mungkin dilanjutkan

Seorang wanita berjalan sepi, memakai pelitup muka, berjalan melintasi jambatan pusat bandar yang sangat sunyi ketika negeri Victoria kelihatan dapat mengekang penyebaran wabak penyakit koronavirus (COVID-19) di Melbourne, Australia. REUTERS



SYDNEY: Negeri Victoria hari ini merekodkan peningkatkan kes jangkitan baharu Covid-19, sekali gus boleh menyebabkan perintah berkurung di Melbourne dilanjutkan.

Pihak berkuasa Victoria melaporkan, terdapat 20 kes jangkitan baharu direkodkan iaitu meningkat dari 11 kes semalam.

Sebanyak 15 daripada kes jangkitan baharu itu dilaporkan berlaku dalam komuniti awam.

Sehubungan itu, pihak berkuasa menegaskan jumlah penduduk yang berjangkit dalam komuniti awal perlu dikurangkan kepada sifar sebelum perintah berkurung di Sydney dan Melbourne dihentikan.

Perintah berkurung di Melbourne dijadualkan berakhir Khamis ini, manakala Sydney pula dilanjutkan sehingga hujung Ogos.


Pihak berkuasa Victoria melaporkan, terdapat 20 kes jangkitan baharu direkodkan iaitu meningkat dari 11 kes semalam.
Negeri New South Wales pula melanjutkan perintah duduk di rumah ke dua lagi kawasan berhampiran Queensland iaitu Byron Bay dan Tamworth.

Kes jangkitan baharu Covid-19 di Sydney turut mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 356 kes.

Australia ketika ini merekodkan sebanyak 36,600 kes jangkitan dengan 939 kematian. – REUTERS

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.