Perdana Menteri tawar kerjasama rentas parti

Cadangan rentas parti akan dibentangkan



KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Katanya, beliau memahami kemelut politik yang melanda negara menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Oleh itu, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan. Ini termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti,” kata beliau dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri, pada Ahad.

Beliau turut menggesa semua pihak untuk bergerak ke hadapan bersama-sama.

“Kita leraikan segala perebutan kuasa politik.


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
“Kita bersama-sama berjuang sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi penjawat awam, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri – dalam memperbaik, merawat dan memulihkan semula tanah air ini.”

Katanya lagi, semua pihak sepatutnya sedia bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan semula suasana.

“Dalam erti kata lain, kita perlu mendakap erat prinsip kebersamaan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.