NASA Rancang Misi Ke Asteroid Yang Bernilai USD10 Ribu Quintilion

Quintilion?🤔



Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika(NASA) dikhabarkan sedang merancang misi mendarat di atas sebuah asteroid yang dianggarkan bernilai lebih daripada USD10 Ribu Quintilion.

Asteroid yang dinamakan sebagai Psyche 16 itu sebenarnya telah disedari kewujudannya sejak Mac 1852 lagi.

Tetapi ia mula dipantau rapi oleh pasukan NASA Discovery Mission Psyche sejak tahun 2019 lalu menerusi Teleskop Angkasa Hubble.

Menerusi teleskop itu, penyelidik NASA mendapati Psyche 16 adalah unik dan berbeza daripada kebanyakkan asteroid kerana kandungannya hanyalah semata-mata besi dan nikel.

Menjadikan asteroid tersebut sangat berharga.


Asteroid Psyche mengorbit matahari antara palnet Marikh dan Jupiter.
"Unlike most other asteroids that are rocky or icy bodies, scientists think the M-type (metallic) asteroid 16 Psyche is comprised mostly of metallic iron and nickel similar to Earth." NASA

Nilai itu jika dibahagikan secara sama rata kepada seluruh penduduk dunia sudah cukup menjadikan kesemuanya bilionair.

Misi menghantar kapal angkasa ke orbit Psyche 16 itu diketuai oleh Arizona State University serta NASA Jet Propulsion Laboratory.


Kapsyen: Jika anda tertanya-tanya macam mana 'rupa' quintilion.
Misi itu dijangka akan dilancarkan pada 1 Ogos 2022 dan kapal angkasa Psyche dijangka tiba di orbit asteroid itu pada sekitar tahun 2026 nanti jika misi itu berjaya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.