KPM tangguh buka sekolah ke 3 Oktober

Sesi persekolahan dilewatkan 3 Oktober depan



PUTRAJAYA – Sesi persekolahan di seluruh negara yang sepatutnya bermula 1 September ini ditangguhkan kepada 3 Oktober depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi rakaman video di laman sosial Facebook, hari ini.

Radzi berkata, pembukaan sesi persekolahan itu dilewatkan sedikit selepas meneliti situasi perkembangan semasa membabitkan penularan Covid-19 di seluruh negara.

Beliau berkata, pembukaan sekolah akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan.

“Perincian pembukaan sekolah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diperincikan dan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat.


Sesi persekolahan secara bersemuka yang sepatutnya kembali dibuka 1 September, ditangguhkan ke 3 Oktober depan.
“Namun, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri Fasa 1 PPN.



“Saya amat berharap penjelasan ini dapat meredakan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa tentang pembukaan semula sekolah,” katanya.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keselamatan anak-anak dan kebimbangan ibu bapa.

“Bagi negeri-negeri Fasa 2 pula, sekolah dibenarkan buka bagi murid kelas peperiksaan sahaja.

“Negeri Fasa 3 pula, sekolah dibenarkan buka bagi murid kelas peperiksaan dan murid-murid lain,” jelasnya.

Bagaimanapun, Radzi berkata, bagi negeri Fasa 2 dan 3 pula, pembukaan sekolah dibenarkan selepas penilaian risiko penularan wabak di negeri berkenaan. -K! ONLINE

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.